Saturday, 18 June 2011

Patutlah Ramai Murtad

 http://www.ismaweb.net/v4/wp-content/uploads/2011/06/statistik-murtad.gif


A :  Shahnom, betul ke ambiga srevenasan ni bekas lawyer Lina joy?

MSI : Kalau betul, so... =)

A  : 
okay...thanks :)

MSI  : BERSIH bukan perhimpunan menuntut penegakan hukum hudud.
Tuntutan2 dalam BERSIH bersifat umum
Semua agama sepatutnya bersetuju dan mendokong perjuangan yang dibawa melalui BERSIH
Itulah,jika benar Ambiga adalah bekas lawyer Lina,so what =)
Jika Abu Jahal dan Firaun mengetuai perhimpunan ini pun tetap tiada masalah.
Kita sokong bukan atas kapasiti tubuh pemimpin,kita sokong atas apa perjuangan yang ingin dibawa


A  : Kalau Abu Jahal dengan Firaun ketuai pun nak ikut juga? Gawat nih :) bunyi nya mcm naif pula. Licik betul sesetengah pihak ya. Patutlah hari tu Ustaz Hadi pun terpaksa cakap Negara Islam takde dlm Al-Quran.

MSI  :   Kalau TGNA bawa benda merapu, ku bangkang
Kalau Firaun bawa benda baik,ku sokong
Clear tak dengan pendirian ku?


A  :  Firaun takkan bawa benda baik. Kalau dia bawa pun mesti ada muslihat. Bukan begitu?

MSI :  Pemimpin boleh berubah sikap, tapi nilai dan elemen perjuangan yang baik tidak sama sekali
Adil, amanah, itu mana mungkin maksudnya bertukar
Tapi pemimpin yang hari ini nampak baik, esok boleh jadi bertukar jadi sebaliknya


MSI  :   Rujuk balik sirah Nabi Muhammad saw, macam mana nabi berurusan dengan musuh Islam. Lihat perjanjian Hudaibiyah, dll. Firaun tu hanya analogi, contoh sahaja. Firaun boleh hidup balik ka? Adoyai..

A  :   jadi marilah memilih kepimpinan yang betul termasuklah chairman BERSIH ni :) Oh, Nabi tak suruh Abu Jahal ketuai Hijrah ke madinah ataupun pembukaan mekah! Takkan orang yang terang2 hina Islam nak dijadikan ketua? Tapi kalau nak juga silalah. semoga Allah merahmati usaha kalian bersama Ambiga pro-murtad!      



MSI   :  Jika non-muslim, pro murtad, kafir musuh Islam, pun berani turun padang tentang kezaliman pemerintah yang rata2 mengaku beragama Islam. Memang patut mereka yang dalam IC jer Islam tapi jahil mengenai Islam keluar murtad beramai2.

Mereka lihat yang mengaku Islam ini akhlaknya teruk, kuat rasuah, bunuh orang, zalimi orang lain.pengecut, berani cakap belakang jer. Pada masa yang sama mereka lihat geng non-muslim, pro murtad, kafir musuh Islam, mereka ini akhlaknya baik, berani menentang pemerintah yang zalim, tak takut kemiskinan, menentang salah guna kuasa dan rasuah, berlaku lemah lembut terhadap kanak2 , wanita dan orang tua.

Kalau tanya ahli PAS mestilah mereka mahu Mat Sabu jadi pengarah program. DAP dan PKR juga mahu meletakkan orang kuat mereka. Begitu juga dengan NGO2 lain.

BERSIH bukan suatu himpunan politik. BERSIH adalah himpunan rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kedamaian. Mana mungkin dikatakan himpunan ini bebas politik jika pengarah programnya adalah MAT SABU, atau LIM GUAN ENG, atau Che Gu Bard.

Tak semua yang menyertai BERSIH merupakan mereka yang tinggi ilmu agama macam saudara Amin. Ramai yang pro murtad, non muslim, kafir musuh Islam dan kafir yang tak musuh Islam, pun menyertainya. Kalau kita mahu suara kita didengar, mereka pun pasti begitu juga.

Raikan persamaan ketepikan perbezaan.
Bersatu atas titik persamaan.

Saudara A perlu aktif menjadi pengarah2 program berskala besar, barulah tahu apa jer kuasa pengarah dan apa jer yang pengarah mampu buat.
Kita bercakap mengenai program 4 jam, bukan program besar menuju ke akhirat yang mengambil masa sepanjang hayat.

*Kenapa tidak dipertikai pemimpin negara yang tak mampu jadi imam solat tapi tetap diundi sebagai pemimpin.

3 comments:

  1. aku setuju penjelasan penulis tp agak menakutkan juga. aku suka pakatan menang tp aku cukup tak suka DAP.tgklah di perak, dap menang besar tp disebabkan azlan x nak cina memerintah, dpt kat nizar tp still under pengaruh diorg. mcm manalah dap ni layak jadi parti..aku kesal n cuak akan nasib generasi akan datang.

    ReplyDelete
  2. Jika anda buat kajian, DAP mungkin adalah parti politik yang terbaik buat masa ini di Malaysia.
    DAP tidak berasaskan mana2 kaum mula menjadi perhatian anak2 muda india dan melayu juga.

    Generasi akan datang akan hancur jika media arus perdana terus menerus menyiarkan hiburan2 merapu dan melampau.

    ReplyDelete
  3. Bagi aku semua parti politik mempunyai tujuan, maka suatu analisis perlu dilakukan secara mendalam, setakat ini mungkin DAP adalah parti politik alternatif yang boleh diberi perhatian. tapi aku takut klu mereka jadi peneraju masa depan, apakah hiburan media arus perdana tak merapu lagi..

    ReplyDelete