Friday, 20 May 2011

DEBAT MAHASISWA DULU VS MAHASISWA SEKARANG




Ada orang tulis begini di sebuah forum :

mahasiswa 60an & 70an dilahirkan utk jadi PEMIMPIN
mahasiswa 90an & sekarang dilahirkan utk jadi PEKERJA !

tengok la mahsiswa zaman 60an dulu..

berani bersuara & tak pengecut,
same2 bantu rakyat & krajaan utk membangunkan negara..
jika ade ape2 masalah rakyat, diorang akan bangkitkan & sama2 bangkit menentang ketidakadilan..

Zaman 60an kampus menjadi tempat berkumpul anak-anak kampung. Mereka datang dari pelbagai latar belakang keluarga. Kebanyakannya dari keluarga yang susah. Waktu itu Universiti Malaya yang paling famous


Bila mereka datang ke kampus, mereka tengok sendiri kemajuan yang ada di pusat bandar KL. Kehidupan yang mewah, bangunan yang besar-besar, dan lain-lain lagi yang jauh berbeza dengan kehidupan sebenar mereka


Mereka mula membandingkan kesusahan masyarakat desa yang jauh bezanya dengan masyarakat bandar. Mereka mula bangun membela rakyat rang tertindas. Dari situ lah menjadi titik mula kebangkitan mahasiswa dan mahasiswa menjadi suara kepada rakyat...




mahasiswa skrg???



mahasiswa skrg pentingkan diri..

tahu bergaul dgn kawan2 je..
hubungan dgn masyarakat luar ZERO..

so...dari segi kualiti, pd pendapat saya mahasiswa dulu lbh menonjol, mungkin bilangannya sedikit...but it come in complete package...

manakala mahasiswa sekarang, ada yang CGPA sajer yang tinggi, tp akhlak agak teruk, pembawakan diri... self confident kurang... kepimpinan juga tidak menonjol.... mungkin kerana keadaan persekitaran kampus yang 'mengawal' kebebasan mahasiswa serta mentaliti mahasiswa itu sendiri yang tidak berkembang.


Kemudian seorang lagi sahabat di forum itu mengguna ID Megat Sri Rama  menulis :

Seksyen 15

15. Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar
dilarang bersekutu dengan persatuan, dsb. kecuali sebagai
mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau
diluluskan oleh Naib Canselor


Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menjadi seorang ahli, atau boleh dengan apa-apa cara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.

Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, sama ada ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan, parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor.
Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.
Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau (4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.




Pelajar jadi robot. Mayat hidup. Tidak dibenarkan berfikir.

Intelek mereka jadi tuli.

Kalau AUKU yang asli sebelum pindaan baru-baru ni, tak boleh simpan logo mana-mana pertubuhan atau apa-apa yang ada kena mengena dengan mana-mana kumpulan.


Kalau nak diikutkan pelajar tak boleh mengundi sebab kat kertas undi pun ada logo.


Nak undi pun tak boleh, sebab undi tu dah kira pendapat dan simpati.



Seksyen 15(A) Pelajar tak boleh pegang duit. Korang baca sendiri la.


Undang-undang menjajah anak bangsa sendiri.



Ini merdeka?



Benarkah dakwaan mereka?
Apa pandangan anda?
Jika benar maka apa tindakan anda?
Jika tidak benar apa pula yang akan anda lakukan?

Sebelum itu, mahu saya bertanya satu soalan.
Adakah anda penganut ajaran AKU TIDAK PEDULISME ?


---Boleh baca keseluruhan debat itu di Forum CariGold

1 comments: