Thursday, 19 May 2011

Antara 3 Sebab Mengapa Barang Naik

Gambar Sekadar Hiasan


1. Belanjawan Najib pada 2010 jelas menjamin kenaikan harga barangan pada tahun 2011, ikuti artikel ini di Malaysia Waves

"Setahu saya, negara Malaysia "berhutang" (baca: defisit) di dalam tiap-tiap belanjawan semenjak 1997. Sehingga hari ini, hasil dari belanjawan "kurang duit" selama hampir 15 tahun berturut-turut, hutang kerajaan Malaysia telah mencecah hampir 54% dari hasil negara. Ini mengikut laporan rasmi Bank Negara.

Pada waktu yang sama, pelaburan asing yang masuk ke Malaysia juga adalah terlampau rendah. Tahun 2007, Filipina dapat menarik lebih banyak pelaburan berbanding Malaysia.

Sekali lagi saya tanya: DIMANA NAJIB HENDAK CARI DUIT BAGI PROJEK2 DI DALAM BELANJAWAN BELIAU?

Jawabnya mudah: CETAK DUIT LAGI.

Hutang Malaysia yang semakin lama semakin meninggi ini adalah disebabkan selama lebih 15 tahun, kerajaan UMNO/BN menjalankan projek pembangunan dengan wang baru yang MEREKA CETAK.

Kesan dari mencetak wang yang berlebihan ini, harga barang di Malaysia semakin lama semakin naik."


2. Kerajaan Britain memilih untuk mengurangkan kadar defisit negara mereka dengan “cara mencantas” dan memotong perbelanjaan dan kemewahan yang dinikmati oleh barisan menteri kabinet Britain dan juga golongan yang berkemampuan, kerajaan Malaysia pula dengan cara memotong bantuan kewangan kepada sektor2 yang berkenaan dengan alasan 'rasionalisasi subsidi'. Ikuti analisa ringkas di Berita Semasa

Dengan beberapa kenaikan harga barang dan lain-lain bermula tahun 2010 berikutan pemotongan subsidi, ini akan membolehkan jumlah tabungan negara untuk tempoh 5 tahun dijangkakan sebanyak RM103 bilion


Inilah hasil yang kerajaan Malaysia perolehi selepas dasar pemotongan ini dijalankan :
2010 – RM3 billion
2011 – RM14 bilion
2012 – RM21 bilion
2013 – RM29.5 bilion
2014 – RM35 bilion

3. Kebanyakan hasil TNB diguna untuk membayar IPP, pada 2005 bayaran tersebut berjumlah RM 9.2 bilion atau 54% daripada hasil TNB dan meningkat kepada anggaran RM 19 bilion atau 65% pada tahun 2010. Transaksi pertama IPP-TNB mendapat bantahan keras Ketua Eksekutif TNB Tan Sri Ani Arope . Kerajaan bukannya TNB yang berunding dengan pencadang projek dan memaksa TNB untuk menyempurnakan perjanjian itu. Ia juga melanggar prinsip kerjasama sektor swasta-kerajaan kerana tiada sebarang 'open tender' dilakukan, yakni rundingan secara terus. Gesaan Persatuan Pengguna Pulai Pinang dan hujah mengapa TNB/Kerajaan wajar henti pembelian elektrik daripada IPP boleh dibaca di Malaysia Kini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, pada tahun kewangan 2009 sahaja, subsidi gas Petronas mencecah RM19 bilion, manakala pada setengah tahun pertama 2010, subsidi untuk bahan bakar itu mencecah RM10.2 bilion. Menarik untuk baca artikel ini - Harga gula: BN selamatkan 163 kali subsidi IPP untuk kroni



Trend barang naik ini dijangka konsisten hingga tahun 2014 yakni sekiranya BN terus berkuasa.
Pilihan di tangan anda =)

0 comments:

Post a Comment